~Mulakan hari mu dengan BISMILLAH dan akhirinya dengan ALHAMDULILLAH~ ~ Allahuakbar ! Kita hanya mampu merancang dan Allah akan menentukannya semua~

Azab dan Nikmat kubur ~

1- Apakah dalil berkenaan azab kubur dan nikmatnya daripada al-Sunnah?

Hadith-hadith sahih berkenaan perkara ini telah sampai ke tahap mutawatir.

Di antaranya ialah seperti berikut:

Hadith Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ) إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ وَتَوَلَّى عَنْهُ أَصْحَابُهُ وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيُقْعِدَانِهِ فَيَقُولَانِ مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ لِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَّا الْمُؤْمِنُ فَيَقُولُ أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ فَيُقَالُ لَهُ انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنْ النَّارِ قَدْ أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنْ الْجَنَّةِ فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا قَالَ قَتَادَةُ وَذُكِرَ لَنَا أَنَّهُ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ ثُمَّ رَجَعَ إِلَى حَدِيثِ أَنَسٍ قَالَ وَأَمَّا الْمُنَافِقُ وَالْكَافِرُ فَيُقَالُ لَهُ مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ فَيَقُولُ لَا أَدْرِي كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ فَيُقَالُ لَا دَرَيْتَ وَلَا تَلَيْتَ وَيُضْرَبُ بِمَطَارِقَ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ غَيْرَ الثَّقَلَيْنِ.[1]


Maksudnya: "Sesungguhnya apabila seseorang hamba diletak di dalam kuburnya dan ditinggalkan oleh sahabat-sahabatnya sedang dia mendengar bunyi tapak kaki mereka, tatkala itu akan datang kepadanya dua malaikat yang akan mendudukkannya seraya berkata kepadanya:

'Apakah sebutan kamu terhadap lelaki ini (iaitu Muhammad s.a.w.)?' Orang yang beriman akan berkata 'Aku naik saksi bahawa baginda adalah hamba Allah dan RasulNya.' Dengan itu dikatakan kepadanya 'Lihatlah tempat dudukmu di dalam neraka, Allah telah menggantikannya dengan tempat duduk di dalam syurga.' Dia akan melihat kedua-dua tempat duduknya tersebut.

(Qatadah berkata) Dikatakan kepada kami: Kuburnya akan diluaskan untuknya. (kemudian Qatadah kembali ke hadith Anas dan berkata) Adapun orang munafiq dan kafir, akan dikatakan kepadanya 'Apakah sebutan kamu terhadap lelaki ini?' Jawabnya 'Aku tidak mengetahui, aku hanya menyebut apa yang disebut oleh orang.'

Dikatakan pula kepadanya 'Engkau tidak mengetahui dan tidak juga membaca.' Dengan demikian dia akan dipukul tukul besi daripada besi, satu pukulan yang mana dia akan menjerit satu jeritan yang akan didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia."

Hadith Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.[2]

Maksudnya: "Sesungguhnya apabila seseorang daripada kamu wafat, tempat duduknya akan ditunjukkan kepadanya pada waktu pagi dan petang; sekiranya dia daripada ahli syurga maka daripada ahli syurga, sekiranya dia dariapda ahli neraka maka daripada ahli neraka. Akan dikatakan kepadanya 'Inilah tempat dudukmu apabila kamu dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat."

Hadith dua kubur di mana Rasulullah s.a.w. bersabda:

إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ مِنْ كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَسْعَى بِالنَّمِيمَةِ وَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ قَالَ ثُمَّ أَخَذَ عُودًا رَطْبًا فَكَسَرَهُ بِاثْنَتَيْنِ ثُمَّ غَرَزَ كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَلَى قَبْرٍ ثُمَّ قَالَ لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا.[3]

Maksudnya: "Sesungguhnya kedua-duanya diazab."

Hadith Abu Ayyuub r.a. katanya :

خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ وَجَبَتْ الشَّمْسُ فَسَمِعَ صَوْتًا فَقَالَ يَهُودُ تُعَذَّبُ فِي قُبُورِهَا.[4]

Maksudnya: 'Nabi s.a.w. telah keluar selepas tenggelamnya matahari lalu dia terdengar satu suara. Baginda berkata "Yahudi yang diazab dalam kubur mereka."

Hadith Asmaa' katanya:

قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطِيبًا فَذَكَرَ فِتْنَةَ الْقَبْرِ الَّتِي يَفْتَتِنُ فِيهَا الْمَرْءُ فَلَمَّا ذَكَرَ ذَلِكَ ضَجَّ الْمُسْلِمُونَ ضَجَّةً.[5]

Maksudnya: Nabi s.a.w. telah bangun menyampaikan khutbah lalu menjelaskan tentang fitnah kubur yang berlaku terhadap seseorang hamba. Apabila Baginda menjelaskan perkara tersebut, orang ramai menangis teresak-esak.

'Aisyah berkata:

فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدُ صَلَّى صَلَاةً إِلَّا تَعَوَّذَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ.[6]

Maksudnya: 'Selepas itu aku dapati Baginda s.a.w. tidak sembahyang sesuatu solatpun kecuali Baginda akan memohon perlindungan daripada azab kubur.

Hadith gerhana di mana 'Aisyah berkata:

ثُمَّ أَمَرَهُمْ أَنْ يَتَعَوَّذُوا مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Maksudnya: Kemudian Baginda memerintahkan mereka supaya memohon perlindungan daripada azab kubur.

Kesemua hadith ini terdapat dalam kitab-kitab Sahih. Kami telah pun membawa lebih kurang 60 hadith daripada jalan-jalan yang sabit daripada sekumpulan para sahabat yang mengangkatnya kepada Rasulullah s.a.w. dalam kitab syarah al-Sullam.

Nota kaki:
----------------

[1]
البخاري ك الحنائز ب ما جاء في عذاب القبر رقم 1285. مسلم ك الجنة وصفة نعيمها ب عرض مقعد الميت من الجنة أو النار عليه وإثبات عذاب القبر رقم 5115.

[2] البخاري ك الجنائز ب الميت يعرض عليه لاغداة والعشي رقم 1290. مسلم ك الجنة وصفة نعيمها ب عرض مقعد الميت من الجنة أو النار عليه وإثبات عذاب القبر رقم 5111.

[3] البخاري ك الجنائز ب عذاب القبر من الغيبة والبول رقم 1289. مسلم ك الطهارة ب الجليل على نجاسة البول ووحوب الاستبراء منه رقم 439.

[4] البخاري ك الجنائز ب التعوذ من عذاب القبر رقم 1286. مسلم ك صفة الجنة والنار ب عرض مقعده من الجنة أو النار علبه رقم 5114.

[5] البخاري ك الجنائز ب ما جاء في عذاب القبر رقم 1284.

[6] البخاري ك الجنائز ب ما جاء في عذاب القبر رقم 1283.

OLEH AL-SHAIKH HAFIZ BIN AHMAD AL-HAKAMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.