~Mulakan hari mu dengan BISMILLAH dan akhirinya dengan ALHAMDULILLAH~ ~ Allahuakbar ! Kita hanya mampu merancang dan Allah akan menentukannya semua~

Kemuliaan WANITA~

ajarlah anak2 mu membaca dan memahami al-Quran


Dalam membentuk keluarga muslim yang bahagia, sesuai dengan ajaran islam, disamping harus memilih isteri yang solehah, maka memilih suami yang soleh juga merupakan syarat terbentuknya keluarga bahagia.

Islam memberikan perlindungan dan jaminan terhadap martabat wanita. Mengangkat kedudukannya ke arah yang lebih mulia. ALLAH swt telah memelihara dan menyambung keturunan Nabi Muhammad SAW melalui puterinya Siti Fatimah.
Kelahiran putera Fatimah iaitu Hasan dan Husin memperolehi berkah, dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah SWT. Rasulullah telah memberikan contoh dan teladan bagaimana menjadi ayah yang baik. baginda mengangkat darjat puteri puteri baginda. Ketika baginda pergi meninggalkan kampung halaman, Fatimahlah orang terakhir yang baginda temui. Jika baginda pulang dari perjalanan atau peperangan, baginda langsung pergi ke masjid solat 2 rakaat. Kemudian pergi menemui puteri puteri buah hatinya, barulah baginda ke rumah isteri isteri baginda. Seandainya Siti Fatimah datang mengunjungi ayahandanya, maka Rasullullah SAW bangun untuk menyambut dan memberikan ciuman kepada puterinya itu, kemudian disuruh duduk sebelah baginda. Begitu pula jika Rasulullah SAW datang mengunjungi Fatimah, maka dia bangun menyambut kedatangan ayahnya dan diciumnya Rasulullah dengan penuh kasih saying. Kemudia baginda duduk disamping puterinya yang tercinta itu. Begitu mulia dan tinggi kedudukan Fatimah di hati Rasulullah.

Sehingga Rasulullah SAW berulang ulang menyebutkan yang bermaksud:

bahawa Fatimah adalah sebahagian dari diriku. Aku berdukacita jika dia berdukacita, dan aku akan lega jika ia senang. Siapa sahaja yang menyebabkan ia marah, sama dengan membuat aku menjadi marah. Fatimah buah hatiku adalah wanita penghuni syurga.
(HR Ahmad, Al Hakim dan Bukhari)

cabaran besar dalam menguruskan keluarga ni, tapi balasan Allah  sungguh lumayan

Rasulullah SAW juga mengajarkan kepada para sahabat, bahawa penghargaan kepada anak anak perempuan dan berbuat baik kepada mereka, merupakan taqarrub atau mendekatkan diri yang paling besar kepada ALLAH SWT yang layak memperolehi syurga dan keredhaan-Nya. Baginda pernah bersabda:

“ barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, maka ia bersabar hidup dalam suka dan duka, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga kerana rahmat Allah kepada perempuan tersebut. Seorang sahabat bertanya: bagaimana kalau hanya dua orang perempuan ya Rasulullah? Baginda menjawab:Walaupun hanya dua orang. Sahabat bertanya lagi: bagaimana kalau seorang sahaja ya rasululla: maka bginda menjawab: Ya walaupun hanya seorang.

“ Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan, tapi hatinya tersirat taqwa keimanan”

Wahai WANITA ~

Hi  There!


Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.

http://i7.photobucket.com/albums/y253/ahyana/buku_tudung.jpg

Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..